Pengaplikasian Peta Minda Tony Buzan dalam Pembelajaran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasannya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".(Hadis riwayat Imam Muslim)
Hadis diatas telah mendorong saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang kemahiran belajar disamping menceritakan pengalaman saya menggunakan alat-alat kemahiran belajar. Oleh itu, Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, saya diberi kesempatan dan peluang bagi berkongsi kemahiran belajar yang saya gunakan di dalam proses pembelajaran.
Ok,jom kita start...
Sebelum itu eloklah terlebih dahulu saya memperkenalkan siapa diri saya ini...
Nama diberi Nurul 'Aifah binti Fazil. Saya merupakan pelajar kos Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, (IPGKDA) di Kedah. Sebenarnya...Saya jujurlah ya.. Saya tidak pernah tahu pon terdapat alat kemahiran belajar yang khusus yang boleh kita semua gunakan untuk pembelajaran yang berkesan. Yang saya tahu, saya main belajar sahaja. Namun, setelah belajar bersama Dr.Norliza Kushairi yang merupakan pensyarah kos Kemahiran Belajar ...Alhamdulillah...saya tahu serba sedikit tentangnya dan sebab itulah saya hendak berkongsi dengan pembaca-pembaca semua.
Sedar tidak sedar ,sebenarnya banyak alat kemahiran belajar yang kita gunakan, namun kita tidak pernah tahu selama ini termasuklah diri saya. "Ahh... Biarlah, yang pasti aku boleh skor dalam peperiksaan." Saya tahu kadang-kadang kita akan merasa tidak perlu untuk kita mengetahui tentang ini semua, namun saya yakin, In Sha Allah...Jika kita menggunakan teknik yang betul dalam pengaplikasian alat kemahiran berfikir, ia akan lebih membantu kita dalam proses pembelajaran mahupun pengajaran. Ok..sekarang saya ingin mulakan dengan alat kemahiran belajar yang pertama iaitu peta minda Tony Buzan.
Tak perlu pening -pening kerana kita selalu sahaja menggunakannya semasa penulisan nota kita, cuma mungkin, kaedahnya sahaja tidak berapa tepat. So, saya akan merungkaikan cara-cara peta minda Tony Buzan dihasilkan.
PETA MINDA TONY BUZAN
Hmmm...Siapakah Tony Buzan? Saya yakin semua orang pasti tertanya-tanya siapakah beliau. Oleh itu, eloklah saya memperkenalkan dahulu siapa Tony Buzan untuk merungkaikan persoalan yang timbul dan bersarang dalam pemikiran pembaca blog saya yang dikasihi. Beliau adalah ahli psikologi British dan pengarang beberapa
buah buku tentang cara menghafal dan keberkesanannya. Selain itu, beliau cukup terkenal dengan
teknik pemetaan minda dalam bukunya (Mind Maping) yang membantu dalam membaiki
struktur dan cara menghafal maklumat anda. Akhir sekali, beliau juga memperkenalkan teknik
untuk meningkatkan kelajuan bacaan anda dalam bukunya The Speed Reading Book.
"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan. Ciri-ciri utamanya ialah organisasi, kata kunci, perkaitan, penggabungan dan ingatan visual seperti huruf, kata kunci, penggunaan warna, simbol, ikon dan anak panah. Keterselahan iaitu setiap peta minda memerlukan satu idea atau tajuk di tengah-tengah juga merupakan ciri bagi peta minda. Peta minda dapat digunakan untuk menyampai persembahan, mengambil nota semasa ceramah, membuat perancangan dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku, kuliah, mesyuarat dan lain-lain.
Apakah konsep yang digunakan oleh beliau dalam mengaplikasikan peta minda tersebut? Baiklah, saya akan merungkaikannya satu-satu..ok. Tony Buzan menggunakan konsep peta minda yang lazimnya bermula dengan satu imej di tengah-tengah kertas sama ada menggunakan lakaran tangan mahupun perisian komputer. Daripada imej tengah atau konsep pusat, ia memancar keluar seakan-akan cabang-cabang pokok ataupun urat-urat darah yang mengalir dari jantung. Cabang-cabang atau urat-urat itu melambangkan apa yang terkandung di dalam fikiran anda. Daya ingatan bertambah baik apabila pelbagai warna dan imej digunakan untuk mencatatkan nota. Tidak hanya terhad kepada satu-satu subjek pembelajaran, peta minda sesuai diaplikasikan dalam apa juga bidang, baik untuk matematik, geografi, sejarah mahupun bagi tujuan menilai sesuatu situasi dan masalah. Selain itu, konsep peta minda Tony Buzan juga menyerupai neuron-neuron di dalam otak manusia.
Kalau ingin melihat contoh yang lain, kamu semua boleh membuka link di bawah.Gambar menunjukkan buku penulisan Tony Buzan 'The Speed Reading' |
![]() |
Gambar menunjukkan ahli psikologi British, Tony Buzan |
"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan. Ciri-ciri utamanya ialah organisasi, kata kunci, perkaitan, penggabungan dan ingatan visual seperti huruf, kata kunci, penggunaan warna, simbol, ikon dan anak panah. Keterselahan iaitu setiap peta minda memerlukan satu idea atau tajuk di tengah-tengah juga merupakan ciri bagi peta minda. Peta minda dapat digunakan untuk menyampai persembahan, mengambil nota semasa ceramah, membuat perancangan dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku, kuliah, mesyuarat dan lain-lain.
Apakah konsep yang digunakan oleh beliau dalam mengaplikasikan peta minda tersebut? Baiklah, saya akan merungkaikannya satu-satu..ok. Tony Buzan menggunakan konsep peta minda yang lazimnya bermula dengan satu imej di tengah-tengah kertas sama ada menggunakan lakaran tangan mahupun perisian komputer. Daripada imej tengah atau konsep pusat, ia memancar keluar seakan-akan cabang-cabang pokok ataupun urat-urat darah yang mengalir dari jantung. Cabang-cabang atau urat-urat itu melambangkan apa yang terkandung di dalam fikiran anda. Daya ingatan bertambah baik apabila pelbagai warna dan imej digunakan untuk mencatatkan nota. Tidak hanya terhad kepada satu-satu subjek pembelajaran, peta minda sesuai diaplikasikan dalam apa juga bidang, baik untuk matematik, geografi, sejarah mahupun bagi tujuan menilai sesuatu situasi dan masalah. Selain itu, konsep peta minda Tony Buzan juga menyerupai neuron-neuron di dalam otak manusia.
![]() |
Gambar menunjukkan contoh peta minda Tony Buzan yang menyerupai neuron-neuron dalam otak manusia. |
https://www.bing.com/images/searchq=tony+buzan+mind+mapping&form=HDRSC2&first=1&cw=1129&ch=511
1.
Gunakan hanya kata
kunci atau gambarajah. Kata kunci hendaklah dimulakan dari bahagian tengah
muka surat dan keluar ke semua arah.
2.
Jelaskan bahagian
tengah dengan imej visual yang mantap yang mewakili tema umum peta tersebut.
3.
Seterusnya, buatkan
cabangan-cabangan kecil bagi idea utama.
4.
Letakkan kanta kunci pada cabangan untuk
memperkuat struktur notanya.
5. Elakkan tulisan sambung supaya mudah dibaca
dan diingati. Tulisan huruf kecil lebih mudah diingati dari huruf besar.
6.
Gunakan warna untuk
mewakili tema, perkaitan bagi menyerlahkannya.
7. Gunakan anak panah,
ikon atau alat visual lain untuk menunjukkan perkaitan antara idea.
8.
Jangan terhenti pada
satu idea. Mulakan idea baru dengan membina cabangan baru.
9.
Letakkan idea yang muncul tanpa berhenti untuk
berfikir.
Link di atas merupakan video penerangan tentang Peta Minda Tony Buzan yang dapat saya kongsikan. :)
Ok, seterusnya saya akan menceritakan apakah kelebihan yang saya dapat setelah membuat peta minda Tony Buzan. Peta minda merupakan alat berfikir yang dapat memberi banyak kelebihan kepada individu. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan peta minda:

1. Tema utama didefinisikan secara jelas kerana dinyatakan di
tengah.
2. Lebih mudah difahami dan diingati.
3. Informasi baru dapat digabungkan dengan segera tanpa merosakkan keseluruhan struktur peta minda, lantas mempermudahkan
proses ingatan.
4. Peta minda yang sangat unik, dapat mempermudah
proses pengingatan.
5. Mempercepatkan
proses pembuatan nota
kerana hanya menggunakan kata kunci.
![]() |
Gambar menunjukkan contoh peta minda Tony Buzan yang saya gunakan
|
Comments
Post a Comment