Posts

Hiking di Kedah

Image
Assalamualaikum, harini saja nak share mengenai beberapa bukit dan gunung yang boleh hiking di Kedah yang berdekatan dengan Jitra Hehe, saja bubuh gambar, bukti kite pi hiking, kenangan belajar sambil healing gitu sebelum tamatkan pengajian 😁 Kalau nak yang paling mudah Darulaman Hills dan yang ok2 Bukit Malau di Jitra Darulaman Hills ni Insya Allah tak sesat sebab ada trek, lalu ikut yang pejalan kaki bukan yang berbasikal... Kalau bukit Malau ni tak tau nak kata, pi dua kali dah kena ikut orang sebab tak ingat jalan boleh tembus banyak lorong. Kalau nak yang uji stamina Bukit Talipong, Canglun... Yang ni memang ada kedai buka dekat atas tu, tapi tak tahu la buka setiap hari ke tak, lepastu kalau tak larat boleh turun dengan kereta, dekat atas tu rasa sejuk berangin gitu Kalau nak yang panjat2 banyak dekat Gunung Keriang dan paling banyak Bukit Mok Cun, Kodiang... Bezanya Gunung Keriang ni tinggi la, nama pun gunung, kalau Bukit Mok Cun ni tak tinggi la... Dua2 ni dapat tengok sawah ...

Pengaplikasian Peta Minda Tony Buzan dalam Pembelajaran

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh   Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasannya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".(Hadis riwayat Imam Muslim)   Hadis diatas telah mendorong saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang kemahiran belajar disamping menceritakan pengalaman saya menggunakan alat-alat kemahiran belajar. Oleh itu, Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, saya diberi kesempatan dan peluang bagi berkongsi kemahiran belajar yang saya gunakan di dalam proses pembelajaran. Ok,jom kita start... Sebelum itu eloklah terlebih dahulu saya memperkenalkan siapa diri saya ini... Nama diberi Nurul 'Aifah binti Fazil. Saya merupakan pelajar kos Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru ...

Kisah Maisarah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  Assalamu'alaikum semua! Apa khabar ? okay, so before saya start cerita pasal kaedah pembelajaran yang saya aplikasikan sepanjang bergelar pelajar dari sekolah rendah sampailah dah masuk ipg ni, saya nak share satu firman Allah yang mungkin ramai dah biasa dengar kalau bercakap tentang luasnya ilmu Allah. Firman Allah ni diambil daripada surah Luqman ayat 27 yang bermaksud:        "dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta ), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." So, apa kaitannya dengan kisah yang saya akan share? Nak cakapnya kat sini, betapa luasnya ilmu Allah tu sampaikan kalau pokok tu kita jadikan pensil dan laut tu dijadikan dakwat, dimanfaatkan sepenuhnya pun masih tak cukup nak tulis ilmu Allah. Allahuakbar! Dan sebagai hamba, ilmu yang kita ada sela...

Kisah Humaira

Image
Assalamualaikum... Saya Fatin Humaira Binti Mohamad Hasanuddin Pertama kalinya saya ingin berkongsi mengenai pengalaman dan pengetahuan saya dalam kerja berkumpulan subjek kemahiran belajar di IPGKDA.  Ini merupakan penulisan pertama dalam blog ini.  Sekiranya blog ini tidak begitu menarik maafkan saya ☺, saya akan perbaiki dari masa ke masa. Saya mula menjejakkan kaki di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman ketika sesi temuduga, ujian amali dan ujian kecergasan fizikal untuk melayakkan diri ke IPG.  Setelah saya menjalani kesemua ujian, saya terfikir saya tidak dapat memasuki IPG.  Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, saya telah ditempatkan di IPGKDA.  Saya mula memikirkan tugasan yang akan diterima setelah berada di sini. Wah, memang banyak tugasan yang diberikan sama ada dalam individu atau berkumpulan bagi setiap subjek.  Setelah menerima tugasan ini, saya ada perasaan ingin berhenti, namun, lama-kelamaan saya tetap teruskan pembelajaran di s...