Kisah Maisarah

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum semua! Apa khabar ?
okay, so before saya start cerita pasal kaedah pembelajaran yang saya aplikasikan sepanjang bergelar pelajar dari sekolah rendah sampailah dah masuk ipg ni, saya nak share satu firman Allah yang mungkin ramai dah biasa dengar kalau bercakap tentang luasnya ilmu Allah. Firman Allah ni diambil daripada surah Luqman ayat 27 yang bermaksud:

       "dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta ), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

So, apa kaitannya dengan kisah yang saya akan share? Nak cakapnya kat sini, betapa luasnya ilmu Allah tu sampaikan kalau pokok tu kita jadikan pensil dan laut tu dijadikan dakwat, dimanfaatkan sepenuhnya pun masih tak cukup nak tulis ilmu Allah. Allahuakbar! Dan sebagai hamba, ilmu yang kita ada selama 18,19 atau 45 tahun hidup pun mungkin tak sampai pun setitik pada hakikatnya. Jadi, dengan ilmu yang kita peroleh ni janganlah kita berlagak dan kedekut untuk berkongsi. Sebarkanlah ilmu tersebut supaya kita sama-sama memperoleh manfaatnya. Tudiaa.

Tapi, sebelum tu ada baiknya saya perkenalkan diri secara ringkas. Ehem2 *acah betulkan suara. Okay, nama diberi dulu,kini dan insyaAllah selamanya Syafiah Maisarah binti Shuhaimi. Diringkaskan nama panggilan menjadi Sarah. Kelahiran pantai timur dan dicampakkan di utara. Maka, muncullah saya di IPDA dan bertemu dengan rakan-rakan sekelas dan para pensyarah yang sangat baik.

Sebahagian institut pendidikan guru Kampus Darul Aman


Jadi, itulah serba sedikit pengenalan berkenaan diri ambo. Tanpa membuang masa, kita proceed kepada kisah yang saya nak share.
Jadi perkara yang  akan saya kongsikan pada kalian adalah berkenaan peta pemikiran. Peta pemikiran? Apa tu? Ya, peta pemikiran ni macam mind map. Alaa, yang kita selalu guna untuk buat nota ringkas

Masa pertama kali masuk kelas di IPG saya dah terfikir macam mana nak buat nota yang menarik supaya saya suka untuk mengulang kaji semula apa yang telah saya tulis. Jadi langkah pertama adalah saya cuba memperbaiki tulisan saya yang tidak seberapa. Kemudian saya cuba membuat nota yang menarik supaya saya bersemangat untuk mengulang kaji semula apa yang telah saya tulis.

Contoh peta minda yang telah saya buat.

Sayangnya, setelah masuk kelas Kemahiran Belajar yang diajar oleh pensyarah yang 'beauty with brain' iaitu Dr Norliza binti Kushairi, baru saya tahu kaedah yang betul dalam membuat peta minda. Kumpulan kami diberi beberapa tajuk yang perlu dibentangkan kepada ahli kelas yang lain dan beruntungnya saya kerana salah satu tajuk yang perlu dibentangkan adalah peta pemikiran yang juga dikenali sebagai program i-think. Jadi, eloklah sekiranya saya terangkan terlebih dahulu apa itu peta pemikiran i -think ini.

Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Peta Pemikiran (i-Think) merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan  bermatlamat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. i-THINK membawa maksud innovative THINKing iaitu Pemikiran Inovatif. Objektif Program i-THINK diperkenalkan adalah untuk melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing. Daripada Program i-THINK ini, terdapat lapan peta pemikiran yang diperkenalkan, antaranya:
         PETA BULATAN



      Peta Bulatan atau Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
 PETA BUIH 

PETA BUIH BERGANDA
     Peta Buih atau Bubble Map digunakan untuk meningkatkan kebolehan pelajar bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

             




                Peta Buih Berganda atau Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi. Pada peta ini perlu dinyatakan perbezaan dan persamaan antara kedua tajuk tersebut.

 PETA POKOK 




Peta Pokok atau Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.  Untuk membentuk peta pokok, pelajar perlu mengenalpasti isi utama dan isi sokongan serta maklumat berkenaan informasi tersebut.


 PETA DAKAP


  
     Peta Dakap atau Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan pada bahagian sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada sebelah kedua adalah bahagian utama. Peta Dakap menerangkan hubungan seluruh bahagian.
             

  PETA ALIR



Peta Alir atau Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. 

PETA PELBAGAI ALIR

            



           Peta Pelbagai Alir atau Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut manakala bahagian  sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

     
 PETA TITI

     Peta titi atau Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor perhubungan. Untuk menghasilkan peta titi, pelajar perlu mengenalpasti perkaitan, meneka peraturan, simbol, analogi dan kesetaraan.

Oleh itu, setelah mengetahui kesemua peta pemikiran (i-think) ini , maka bolehlah saya aplikasikannya dalam membuat nota supaya nota yang saya buat lebih menarik dan seronok untuk membuat ulang kaji pelajaran. Kalian juga bolehlah mengaplikasikan kaedah berikut dalam membuat nota kalian sendiri supaya usaha kerajaan ini dapat sama-sama kita manfaatkan sepenuhnya. Sekian sahaja tinta daripada saya dan saya akhiri dengan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Pengaplikasian Peta Minda Tony Buzan dalam Pembelajaran

Kisah Humaira

Hiking di Kedah