Pengaplikasian Peta Minda Tony Buzan dalam Pembelajaran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasannya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".(Hadis riwayat Imam Muslim) Hadis diatas telah mendorong saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang kemahiran belajar disamping menceritakan pengalaman saya menggunakan alat-alat kemahiran belajar. Oleh itu, Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, saya diberi kesempatan dan peluang bagi berkongsi kemahiran belajar yang saya gunakan di dalam proses pembelajaran. Ok,jom kita start... Sebelum itu eloklah terlebih dahulu saya memperkenalkan siapa diri saya ini... Nama diberi Nurul 'Aifah binti Fazil. Saya merupakan pelajar kos Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru ...